Tuesday, July 31, 2012

ramadhan ii. 2012.

salam ramadhan.

isnin minggu ke 2 ramadhan dimulakan dengan sayu. bila pagi aku mendapat sms dari ropi
"mak ada dah takde. meninggal pagi tadi." 

diam. blur.

aku mmg berniat nk g melawat mak die since mak die masok icu. aku, ice, leman, asrol, dan ramai lg aku rase. so, tanpa usul periksa, aku mandi, start enjin, terus shoot dari shah alam ke tampin. time singgah isi minyak, aku msg ropi, die kate die baru nk gerak balik umah, amik baju semua. aku pon rase nice, singgah lepak tido jap tepi hiway. sedar2 je ade miskol sms semua. siap miskol dr yuki. adoi. aku lupe nk gtau diorg plak. ala. esok2 la aku ngadap yuki haha. then aku teruskan perjalanan ke tampin dari tepi jalan mufors. sampai2 tampin dalam 11 lebih, aku lupe bawak songkok. adoi. singgah cari kedai jap. beli la seketul songkok. paling2 busuk pon aku leh pakai gi raye nnti.

setel beli songkok kat mara, aku patah balik ke rumah odah. lepas parking keta tepi jalan, aku pon jalan kaki masok laman rumah dia. nampak ramai orang dah berada kat luar. aku tengok ke dalam. jenazah dah sampai. aku try cari ropi, tak jumpa plak. on the way lg kot. aku nampak odah dgn angah kat dalam. angah nampak tenang. tapi tak tau la perasaan. perasaan manusia takleh nk diperkata secara luaran. tambahan aku pun tak rapat sangat dgn angah. mungkin dia cuba simpan rasa sedih. mungkin dia cuba sembunyi rasa hilang. mungkin dia cuma tutupi segala perasaan. odah nmpk sedih gak. tiba2 die terperasan aku kat luar rumah. terus sedih.

jam sudah 1.30 petang. orang semakin ramai yg datang. semua berpusu2 mencari keluarga arwah. pastu mula la upacara untuk hari ni. dimulakan dengan solat jenazah di ruang rumah. lepas je solat jenazah, ropi sampai dengan orfah. orfah pon nmpk cool. budak2. lagi la. aku takleh nk detect perasaan diorang.  kemudian, bila van jenazah datang, dibawa ke masjid. Masjid Kuala Ina kalo tak salah, kat Pulau Sebang, Melaka utk disembahyangkan sekali lagi. aku pon drive la dgn ropi n orfah ke masjid. lepas je semayang jenazah lagi sekali, van jenazah bawak jenazah ke tanah perkuburan. pengebumian dijalankan sempurna. tiada cacat cela. dalam 2.30 ptg, jenazah selamat di kebumikan. ramai yg datang jugak, walaupon selepas selesai pengebumian.

Tuhan tahu apa yang dilakukanNya. pemergian arwah di bulan ramadhan seperti telah ditulis. aku tak tau sangat perasaan anak2 arwah, walaupon mereka kawan2 aku, tapi aku tak bertanya, dan mereka tidak bercerita. sebab setiap kali kalo lepak minum ngn odah, kalo tanye mak macamane, mule la air mata turun slow2. walaupun niat aku cuma nk tau keadaan mak dia, tapi ye lah kan, sedih anak2 yg melihat ibu sakit begitu, terasa macam aku jahat plak g tanye2.

tuhan lebih sayangkan arwah. mungkin Dia tidak mahu kalian dan arwah menderita lebih lama.semoga kalian juga dapat menerima dengan tabah di bulan yg lebih diberkati ini.

jalan hidup mati manusia adalah tulisan dari Tuhan.
jalan kiri kanan manusia adalah catatan untuk Tuhan.

salam takziah untuk keluarga Shariatul Adawiyah diatas pemergian bonda mereka.

Al-Fatihah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...