dah lama tak tulis ape2 kat sini. terlalu sibok mengejar waktu dalam episod2 terakhir animasi. di bantu oleh event2 sambilan yang memenuhi jadual mingguan aku. serta waktu2 yang ingin dikongsi bersama yang tersayang. penat eh. dalam sibok, ade jugak saat2 yang tak pernah aku fikirkan terjadi akan berlaku. yang manis indah buat mengisi jadual memori 2011. yang pahit telan buat aku tutupi kalendar kehidupan.
manusia seperti aku adalah biasa. biasa dalam konteks kumpulan manusia kuno. yang tidak tahu cara menyusun waktu dengan tepat.
tapi dalam hidup ni slalu ada yang merasakan keganjilan. kejelikan. kepura-puraan. bila di hadapan menadah senyum. di belakang kita tak sedar hitam hati nya. sama seperti mereka di sekeliling aku kini. di sebelah. di sisi. di mana2 pun. seperti mahu saja aku lari dari kelompok aneh manusia yg aku temui skrang. utk terus berdiam dalam sunyi seperti yang pernah aku lakukan dulu.
salahkan aku.
salahkah aku.
dah bosan pada cerca mereka yang slalu sahaja ada yg tidak kena pada tingkah aku. dah jelik pada sifat antagonis mereka yang di belakang terus menikam bersama lidah2 palsu. tajam. bukan saja utk aku.
mereka yang seperti mahu aku mati. mereka yang seperti mahu aku tiada lagi di kalangan ini. mereka yang mencebik tatkala aku meraih indah. mereka yang bersorak tatkala aku merintis resah.