Tuesday, September 20, 2011

melalut.


dah lama tak melalut. melangut. melangut lagi. lepas hempas pulas susun bunyi-bunyi.

aku bukan orang yg slalu rajin. tapi bila niat tu datang, memang aku hadap kerja aku dari pagi. sampai tak lunch. sampai nk turun isap rokok kat bawah pon malas. tapi bila kau da hadap kerja dari pukol 9 tak rehat, mmg betol la. kul 5 ko da flat gile. 5.30 aku da masok surau.

semua orang semakin belajar dari diri sendiri. ada yang berperangai pelik. macam orang-orang yang selalu berjalan sorang2. duduk sorang2. melangut sorang2. gelak sorang2. takde sape mahu kisah. aku pernah jadi gitu dulu. aku lari dari kumpulan yg ade. tapi aku lupe.
mereka-mereka yang slalu ada ni lah yang akan terus ada.
mereka-mereka yg bergurau mengata kau bodoh tiap-tiap hari.
mereka-mereka yg bertepuk tampar mengutuk kau tiap-tiap hari.
mereka-mereka yg akan memberi nasihat pada kau nanti.
kecuali kau ego untuk mendengar.
ego untuk turun dari tempat yg kau rasa kau sudah selesa nanti.

semua orang berdialog. dulu aku penah bace tamar jalis bercakap dengan jin. tapi separuh buku pon aku tak dapat nk terima. mungkin bukan bidang fikiran aku untuk memikirkan apa yg kau nk dialog sangat dengan jin. pasal mimpi ular malam hari? pasal ko mimpi awek ko jadi hantu 2 3 kali? pasal ko mimpi kawan baik ko datang. berhalusinasi tentang betol salah perbuatan?

kebelakangan ni semakin byk kenal manusia. semakin byk kenal perangai sebenar manusia di sekeliling. mereka yang dulu slalu ade di sekeliling. masing-masing mempunyai cerita tersendiri. ada juga yg menjadi pencerita. bercerita tentang yg tersimpan selama ni. yg terahsia selama ni. yg tak pernah slalu mereka ketahui. senang kan? menilai masing-masing. perlahan-lahan aku simpan semua cerita.
bandingkan dgn apa yg slama ini terjadi.
bandingkan dgn apa yg aku alami.
bandingkan dgn apa yg ada dihadapan ketika ini.
betul atau salah biar masa tentukan
muhasabah
tuhan takkan bagi kesempurnaan kalau kita tak sempurna

terlalu byk aku kena kopi. terlalu byk jugak asap2 rokok berkumpul dalam diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...