Wednesday, August 31, 2011

raye lagi. part ii.


hari sebelum hari beraye adalah hari memasak. jadi memasak lah apa saja untuk dijadikan juadah di hari selepas hari memasak iaitu hari esok, hari raya. semua ibu2 bapak2 akan sibok di dapor sementara anak2 akan berada di ruang tamu menukar sarung kusyen, bagi yg pendek2 akan memanjat meja untuk mengelap bilah kipas hitam atau menyapu sawang kat celah2 dinding, bg yg cukop tinggi akan menukar langsir tirai mahupon bidai, kadang2 juga bertugas sebagai tukang sangkut lampu kelip2. sebahagian besar anak2 yang tidak tidor kerana bermain farmville atau menukar status update fb setiap 15 minit sekali, akan masih bergelimpangan dalam selimut keras yang dipenuhi air liur basi semalam.

seperti hari2 memasak sebelom nye. tugasan aku adalah bermain dengan api. ye. sy suke bermain api. bak kate odah, ko jgn nk main api sangat, kang terbakar diri. tp nk wat camne odah, mmg tugas aku time2 raye ni main api. aktiviti api bermula sekitar 10 pagi sbb time tu aku baru bangun tido. selepas gosok gigi, mandi sket2 je sbb aku tau pasni aku akan berpeloh2 main api, aku sarungkan suar jeans yg dibeli taun2 lepas, koyak lutut dah mcm rockers tepi longkang kampung talang batin. berbekalkan 3 gelas air mineral sahur tadi, aku da bersedia. kayu2 api di angkat, dikumpul di satu sudut. ku susun2 kayu menjadi paras unggun api. ku ambil minyak diesel yg harge sangat murah berbanding harga minyak gas, ku siram rapi di celah2 kayu kayan yg ditimbun. ku petik2 pemetik api. percisss. percisss. apasal takmau ni. percisss. percissss. iskk abis gas la ni. aku cari pemetik api yg lain. percisss nyalaan biru, lalu aku bakar. bakar. abu bakar. eh. bakar. meruntunlah kepanasan si kayu2 itu. terdengar keluhan kehangatan mereka yang tidak berdosa dibakar secara membuta tuli.

aktiviti melemang mmg aktiviti tahunan kalo raye. so dapat la nk agak2 kan mase utk aku berpanas2 jage api. tp syukur jugak cuaca redup2 mendung je. kalo slalu nye tengahari harus lah panas gile. panas, puasa, dahaga, mau je cedok air dlm bilik air buat santapan tengahari. kali ni cuaca ok. masak pon utk sendiri makan, dalam 8 btg je. so sejam pertama just make sure api cantek cun besar panas menggelegak. untuk kasi lemang tu panas. lemang pon kene balik2 pusing2 kan. kalo tak sbelah je la yg masak.

cepat jugak masak kali ni. start kul 1, dlm kul 4 lebih kul 5 dah leh rilek2.

lemang da setel. rendang ayam kampung 3 ekor. rendang daging. nasi ketupat cap nona. daging masak kicap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...