korang tau asal usul nama sungai congkak? mari aku tuliskan.
satu hari, pada zaman dahulu, ade satu keluarga. ayah, mak, dan dua beradik pompuan. diorg dlm perjalanan untuk bercuti ke kampung. dlm perjalanan, si ibu tertidor. sebaik sedar, die tengok anak nye ilang dari dlm kereta. die panik, lalu keluar mencari anaknye yg ilang itu. tibe-tibe..
oh. bukan eh.
ntah. aku tatau. maybe ade org tgh main congkak kat tepi sungai. atau ade kawasan lekuk2 macam congkak kat kawasan berdekatan, ataupun..aku reka kisah lain ar.
pada zaman dahulu ada dua beradik anak raja. kakak dan adik. diorng mmg suka berburu. ye la kan. zaman dulu mane ade ape nk buat. takkan nk rempit naik kuda. takkan nk tulis blog. so diorg berkuda je la memburu. tiba2 si akak mahu pergi menunaikan hajat. anak raja lelaki itu ternampak sungai. lalu si akak pon bergegas ke arah sungai.
"sungai apakah ini tuan khadam?"
"entah la tuanku."
"kita perlu beri nama sungai ini. amacam? mahu lepak2 fikir nama sungai?"
"oki jugak tu tuanku. asalkan tuanku jgn nyanyi lagu grup Gula-gula tu dah la. meluat hamba lihat mereka menari dlm WHI smlm"
"oo ek?tak bleh ek? kumpulan VIP?"
"takleh tuanku. diorg konon2 K-POP. patotnye M-POP la tuanku kan"
"ah. jom lepak main congkak. ade bran?"
"ok. jom."
lalu sungai itu bernama sungai congkak.
so bertepatan ahad lepas aku berkesempatan melawati sungai congkak. lepak. makan. mandi. kul 10 dah terjun air cam org gile. cuma kalau rase nk pesta mandi2, sanggup lg sebenarnye aku pegi lata kinjang. lagi puas ati. sini kalo nk lepak2 tgk air main kaki dalam air sejuk kat KL, boleh la. aku rase nk gi sungai lui plak pasni. ke tak best eh. entah.