malam tadi melepak minum sembang
tiba-tiba bawak masuk cerita psikologi test
cuma sebelum menjawab
harus
wajib
clearkan otak terangkan fikiran
dan jawab sepantas apa yang terlintas
jika tidak
jawapan tak akan accurate dengan personaliti anda
aku pon melayan ar
dan memang agak tepat.
+++++++++++
clearkan otak.
jawab sepantas mungkin.
tanak fikir panjang-panjang.
jawab apa yang terlintas.
imaginasi.
bayangkan.
1.anda dalam kapal terbang yang hendak terhempas. anda mahu terhempas di air atau darat?
2.apa binatang pertama anda nampak di air / darat?
3.teruskan berjalan. jumpa sebuah rumah. bagaimana keadaan rumah itu?
4.terus masuk dalam rumah, ada sebuah meja. apakah bentuk meja itu bulat atau segi empat?
5.diatas meja terdapat pasu berisi bunga. apakah tedapat air dalam pasu itu?
6.apakah di dalam rumah itu terdapat lilin? jika ya, berapa?
7.teruskan berjalan. terdapat sebuah tingkap. apakah tingkap itu terbuka atau tertutup?
8.anda mahu berjalan keluar dari rumah. keluar saja dari pintu, anda menoleh ke belakang atau terus berjalan?
9.binatang apakah yg anda nampak sebaik sahaja keluar dari rumah?
10.anda berjalan terjumpa sebatang sungai deras. adakah anda akan terus berenang meredah sungai, atau mencari bantuan seperti tali-tali, akar pokok, batu-batu?
11.selepas menyeberang sungai, anda terjumpa taman bunga, penuh dengan bunga warna-warni. apakah anda petik bunga atau tidak?
12. anda terjumpa air terjun. setinggi manakah air terjun itu?
13. berjalan lagi. anda terjumpa tasik. berapa ekor flamingo yang ada di tasik?
Jawapan
Panjang jawapan.
1. jika air, kamu org yg bersusah-susah dahulu. sebab kalo terhempas, nk kene berenang dan sbagainya. jika darat, kamu orang yg nak senang je. nk mati pon nk senang. oh. jawapan aku air.
2. ini mewakili diri anda. sila google dan cari sifat haiwan.
3. ini menggambarkan, bagaimana keadaan rumah yg kamu selesa. jika kamu memilih rumah usang, buruk, bermakna kamu sanggup utk tinggal di rumah sebegitu. jika kamu memilih utk ternampak rumah agam, banglo or istana, itulah rumah yg kamu selesa utk tinggal. aku menjawab, aku ternampak rumah usang, haunted seperti filem nang nak
4. bulat bermakna kamu mampu mendengar, menerima pendapat orang lain. jika bersegi2, itu sebaliknya. jawapan aku bulat.
5. air menggambarkan kepercayaan kamu terhadap pasangan kamu / partner.
6. lilin menggambarkan bilangan orang yg kamu paling kamu percayai. jawapan aku tidak byk, dalam 4 or 5.
7. tingkap terbuka bermakna kamu lebih open terhadap sesuatu perkara. lebih luas, maka lebih open pemikiran kamu. jawapan aku tingkap itu terbuka.
8. ini mewakili bagaimana kamu melalui hari. jika kamu toleh, bermakna kamu seorang yg akan melihat perkara yg tlah lalu sebagai panduan kemudian hari. panduan sahaja. aku menoleh.
9. ini mewakili partner yg sesuai utk kamu. jika unicorn atau kuda laut atau gagak hitam, bermakna partner yg sesuai adalah seseorang yg bukan seperti biasa.
10. ini menunjukkan cara kamu menyelesaikan sesuatu masalah. jika kamu redah, maka begitulah kamu, tidak sabar, tidak mencari cara lain. jika kamu menjawab memijak batu, cari sampan or tali, bermakna kamu akan langkah satu2 dan selesaikan satu2, cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah kamu. aku jawab, aku perlu tali, pijak2 batu dan sbagainya.
11. ini mewakili seberapa mudah kamu jatuh cinta. lebih byk bunga, lebih mudah kamu jatuh cinta. jawapan aku, aku tidak kutip.
12. ini adalah rahasia. ini mewakili tahap seksualiti kamu.
13. ini mewakili seberapa ramai kawan kamu.
don't find anyone perfect, find someone imperfect that would change the whole world just for you.
0 comments:
Post a Comment