Wednesday, March 9, 2011

teringat masa sekolah

teringat peristiwa
dulu semasa sekolah
dulu ketika aku masih tingakatan
jiwa muda masih ada semangat mahu

ada satu subjek reka cipta
keadaan blok bangunan
bawah hampir tepi lereng bukit
dua tingkat
bosan dengan asyik menggergaji
jadi
jika mahu memanjat koridor belakang tingkat satu itu
perlu melompat dari lereng bukit
menongkat dengan tangan
dan menaikkan badan ke atas
aku tahu risiko nya
jika jatuh ke depan
muka menghempas dinding
jika jatuh ke belakang
kepala menghentak jalan
dengan cuma sedikit rasa mahu
dengan cuma sedikit rasa ingin
walau aku tahu
berat aku bukan lah layang-layang
hanya perlu terus menongkah

teringat masa sekolah
masa tu waktu aku baru dapat lesen dari senior
untuk fly keluar malam
beli lah makanan
dan kalau ada senior yang baik hati
akan dibelanja sekotak dunhill
ya lah waktu sekolah
beli rokok guna duit sendiri
sangat sakit kan
selepas susup pagar belakang
sampai di tepi sungai
ada tiga pilihan
pertama
meniti paip air
dan dibawah jauh
anak sungai
kedua
turun ke bawah
jauh
redah anak sungai
ketiga
kamu pulang
kembali
walau aku tau aku bukan pelari
walau aku tau aku gayat
aku bukan pengimbang badan seperti ahli-ahli gimnastik
dalam gelap
aku berlari atas paip air
puas

teringat masa sekolah
belakang asrama ada tangki air
bila ramai-ramai mahu naik ke atas
dengan tangga besi buruk
bergesel-gesel bunyi karat
risiko nya
aku akan jatuh bawah yang sangat tinggi

semua ada risiko
yang pasti jika lepas
ada kepuasan

1 comments:

Ecah Shafiee said...

jadi..tolonglah jgn jd nakal..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...