Friday, October 1, 2010

belajar bahasa.

korang pandai berbahasa?
peribahasa?
simpulan bahasa?

ini ade satu yg baru aku blaja semalam.

melepaskan batuk di tangga.
bermaksud melakukan kerja tidak betul / cincai saja.

pantang kalau ade orang batuk kat tangga.
uhuk2.
korang saun kan.
"ko ni melepaskan batuk di tangga pulak.."

menurut wikipedia.
Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.

kenapa semua skarang asik2 wiki. sikit2 wiki. sikit2 google.
seperti satu term.
bila mencari maksod sesuatu perkataan itu
"cube try google skit maksod batok"
"ko wiki skit batok tu amende"

tapi aku baru tau semalam.
bukan batuk itu yang kite cari.
bukan batuk kohok2.
uhuk2.
batuk itu sebenarnya adalah bekas menceduk air. atau cebok.
bekas yg digunakan untuk mencedok air didalam tempayan di tepi tangga.

peribahasa kita penuh cerita kan?

rumah orang melayu bertangga.
tiap kali nak naik rumah, basuh kaki.
amik air dalam tempayan guna batok.
batok tu letak balek kat tempat nye.
bukan main letak je atas tangga.
so terhasil lah.
melepaskan batok di tangga.

tapi seingat aku.
pernah aku semasa kecil membaca buku simpulan bahasa berilustrasi.
kalau panjang tangan, ade gamba kartun manusia tangan panjang.
dan pada tempat melepaskan batuk di tangga
ade ilustrasi manusia, letak tangan kat mulut, ade garis2 batuk, tengah naik tangga.

aku kene punggah balik barang2 kat umah ni.

1 comments:

Ezar.Eziardy said...

terbakar kampong nampak asap, terbakar hati sapa yg tahu... :p

go majin.. go..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...